Friday 2 November 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN













MAKSUD IBADAH


Pengetahuan  Asas Pendidikan Islam Mata   Pelajaran Ibadah 

Pengetahuan mengenai konsep Ibadah dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting.Ibadah merupakan semua bentuk amalan,ketaatan atau kepatuhan kepada Tuhan yang hanya ditujukan kepada Allah bagi mendapatkan keredhoanNya.Ia  ciri-ciri khusus yang tidak tertakluk kepada sebarang bentuk perubahan samada masa atau tempat.Segala-galanya adalah berdasarkan kepada wahyu dan perlu dirujuk kepada Berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran, Doktor Yusof AlQardawi
(AsSunnah Masdar LilMakrifatun WalHadhorat) menyatakan sunah Rasulullah penuh dengan kaedah pendidikan yang tinggi nilainya,malah mendahului sebarang pencapaian pendidikan moden hari ini.
Guru perlu tahu cara yang sesuai dalam pengajaran ibadah antaranya tunjuk cara yang merupakan satu kaedah yang amat berkesan dalam pengajaran Ibadah.Konsep agama sebagai nasihat wajar diberi penekanan secara berterusan.Kesedaran dalaman amat penting dalam aspek ibadah serta penghayatan berkekalan di kalangan pelajar perlu diberi perhatian secara berterusan oleh guru bagi menjamin pencapaian FPK serta kesempurnaan hidup dunia dan akhirat. yang sahih iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.