PENGENALAN





Pendidikan Islam merupakan salah satu aspek pendidikan yang   memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah serta teknik.  Pendidikan Islam  terbahagi kepada beberapa bidang antaranya bidang   Asuhan   Tilawah   al-Quran,Aqidah,Sirah ,Ibadah,Akhlak Islamiah dan Jawi. Di dalam blog ini saya telah mengkhususkan kepada pelajaran Ibadah Tahun Dua.Memberi penekanan kepada perkara asas wuduk.
Kebijaksanaan   guru amat diperlukan dalam memilih kaedah dan teknik bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 


A. Pengertian Wudhu

       Kalimat wudhu secara lughowi {tata bahasa}bersih dan indah , namun pengertian pandangan hukum syara' diertikan membersihkan beberapa anggota badan dari hadas kecil sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan dalam hukum syara'
Berwudhu merupakan salah satu syarat syahnya melakukan suatu ibadah diantaranya shalat.
 Shalat salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap mukmin, dan solat adalah bentuk amalan yang sangat suci dan bersih , kerana berhadapan dengan Allah subhanahu wa ta'ala selain itu bersuci adalah suatu perintah wajib dari Allah subhanahu wa ta'ala kepada umat orang-orang yang beriman apabila akan melakukan solat , perintah tersebut terdapat dalam kitab suci Al-Quran bahawa Allah berfirman dalan surat al Maidah ayat 6 sebagai berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

2 comments:

PuziahSKCK. Blogspot said...

Tahniah..blog yang berinformasi...

Unknown said...

Memberi kefahaman yang banyak membantu.